Delus (ex-Orange) masuk Todak

Bersempena kejohanan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) musim kelapan, pasukan Todak MLBB bakal menerima dua pemain baru dan seorang penganalisa yang baru.

Todak akan disertai Ajiq, 19, seorang Jungler. Ajiq sebelum ini berkhidmat untuk pasukan Orange Esport untuk MPL MY musim ketujuh yang mana beliau dikenali sebagai Delus. 

“Dengan penambahan pemain-pemain ini, ia akan memantapkan prestasi dan persembahan pasukan kami agar dapat selari dengan sasaran kami untuk kembali menjadi juara” kata pengurus pasukan Todak, Ashi. 

Todak juga mengatakan Ajiq akan menjadi jungler kedua selepas Ciku.

Terdahulu, kesemua pemain Orange Esports dilepaskan dan mereka ada menceritakan tentangnya dalam satu sesi KujaTalk. Perpisahan itu berjalan dengan baik.

Kini, Aim, Mali, Neo dan Mom bermain untuk pasukan Rahasia yang mana mereka layak ke musim liga selepas memenangi pusingan kelayakan.

RELATED NEWS

+