Demo Abandoned untuk PS5 ditangguh akibat isu teknikal

Selepas diumumkan beberapa hari lalu bahawa tampalan ‘Realtime Experience’ akan tersedia, Blue Box Game Studio hari ini mengumumkan bahawa demo untuk projek akan datang, Abandoned, kini ditangguh akibat isu teknikal.

Demo Realtime Experience kini tersedia di muat turun di PlayStation Store. Jika anda melancarkan permainan ini, selepas memilih pilihan bahasa dan akan mempamerkan nota yang menyatakan ia bukanlah acah yang boleh dimainkan, tetapi hanya pengenalan tentang apa yang boleh dijangkakan. 

Namun, jika melancarkan demo buat masa ini, anda hanya akan menerima mesej “Check back soon…” dengan latar belakang hitam.

Penangguhan kali ini memberikan rasa janggal buat Blue Box Game Studio, memandangkan sebelum ini, mereka menangguh pendedahan permainan ini pada hujung Jun tahun ini. 

Malam, terdapat juga ura-ura yang menyatakan permainan ini ada kaitan dengan Hideo Kajima, atau sebagai satu entri untuk francais Silent Hill. 

Tetapi, pihak Blue Box menafikan ura-ura itu. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+