Steam."> Steam." /> Steam." />

Demo Dragon Quest XI S: Definitive Edition dilancarkan di Steam

Pemain PC yang masih belum sempat mencuba antara permainan Japanese role-playing game (JRPG) terhebat generasi ini iaitu Dragon Quest XI kini diberi peluang keemasan untuknya. Demo untuk versi lengkap permainan tersebut, Dragon Quest XI S: Definitive Edition kini dilancarkan di Steam.

Demo percuma yang mempunyai kandungan sekitar 10 jam ini memerlukan storan sekitar 11GB. Kemajuan anda dalam demo ini akan dipindahkan ke permainan penuh jika anda membelinya. Tambahan pula, mereka yang menghabiskan demo ini akan menerima tiga “Seed of Skill” dalam permainan penuh.

Dragon Quest XI S: Definitive Edition akan dilancarkan di Steam pada 5 Disember ini. Ia mengandungi semua kandungan versi biasa permainan tersebut bersama beberapa penambahan baharu seperti mod permainan 2D seperti judul-judul klasik Dragon Quest dan lakonan suara Bahasa Jepun.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+