Demo game aksi masyarakat Bali, Biwar: Legend of Dragon Slayer’ dilancarkan September ini

Mitos dan lagenda masyarakat tempatan Asia Tenggara adalah satu khazanah yang menjadi inspirasi bagi pembangun permainan di rantau ini. Studio permainan daripada Bali, Devata Game Production berharap aspek kisah dongeng Indonesia ini dapat dibawa ke mata dunia.

Biwar: Legend of Dragon Slayer, permainan aksi pengembaraan pihak ketiga di mana pemain perlu bertarung dengan raksasa, menjelajah tanah purba dan menyelesaikan teka-teki persekitaran.

Karakter dan persekitaran permainan ini diinspirasi daripada kisah dongeng masyarakat Papua dan kisah purba Bali. 

Ia juga dikatakan berlaku ketika zaman manusia dan alam semula jadi hidup bersama dengan harmoni, sebelum berlaku ketidakseimbangan pada dunia dan mengakibatkan kacau-bilau. 

Pemain akan bertarung di dalam pertarungan menentang makhluk jahat yang berasakan legenda dan mitos masyarakat Bali. Manakala dari segi pengembaraan, pemain perlu menjadi, menempuh cabaran dan mengelak daripada perangkap sepanjang penjelajahan mereka. 

Meskipun diinspirasi daripada The Legend of Zelda: Breath of the Wild, pembangun, Devata Game Production menjanjikan pengalaman yang secara terus, dengan pemain tidak memerlukan peta untuk menjelajah di dalam permainan. 

Mereka juga mengingatkan pemain untuk sentiasa berwaspada semasa menjelajah. Hal ini kerana terdapat pelbagai makhluk mitos yang berbahaya menanti mereka di setiap sudut, dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan optimistik.

Pembangunan Biwar: Legend of Dragon Slayer ini berjaya dibangunkan melalui program Indigo Game Startup Incubation yang juga inisiatif Epic MegaGrants.

Bagi anda yang berminat, boleh masukkan Biwar: Legend of Dragon Slayer di dalam wishlist di Steam. Devata Game Production juga akan menjadi sebahagian daripada Steam Next Fest, pada 1 Oktober ini, di mana pembangun akan memperlihatkan permainan mereka.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+