acara siaran langsung Monster Hunter Rise dan mereka berkongsi maklumat baharu tentang permainan tersebut. Salah satu pengumuman besar ialah demo percuma untuk Monster Hunter Rise kini boleh dimuat turun untuk Nintendo Switch."> acara siaran langsung Monster Hunter Rise dan mereka berkongsi maklumat baharu tentang permainan tersebut. Salah satu pengumuman besar ialah demo percuma untuk Monster Hunter Rise kini boleh dimuat turun untuk Nintendo Switch." /> acara siaran langsung Monster Hunter Rise dan mereka berkongsi maklumat baharu tentang permainan tersebut. Salah satu pengumuman besar ialah demo percuma untuk Monster Hunter Rise kini boleh dimuat turun untuk Nintendo Switch." />

Demo percuma Monster Hunter Rise kini boleh dimuat turun

Semalam Capcom telah mengadakan acara siaran langsung Monster Hunter Rise dan mereka berkongsi maklumat baharu tentang permainan tersebut. Salah satu pengumuman besar ialah demo percuma untuk Monster Hunter Rise kini boleh dimuat turun untuk Nintendo Switch.

Demo tersebut hanya boleh dimuat turun bermula dari hari ini hingga 1 Februari ini. Ia boleh dimuat turun secara percuma melalui Nintendo eShop. Demo ini membenarkan anda untuk melakukan Beginner Quest dan Intermediate Quest secara solo dan multi-pemain (dalam talian dan setempat).

Kesemua 14 jenis senjata boleh digunakan dalam demo ini. Anda akan memburu Great Izuchi dalam Beginner Quest dan Mizutsune dalam Intermediate Quest. Anda juga boleh membawa rakan Palamute atau Palico bersama anda semasa melakukan Quest.

Monster Hunter Rise akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 26 Mac ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+