"> " /> " />

Demo permainan Honor of Kings: World ditunjukkan di Apple Event

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tencent semalam baru sahaja menunjukkan demo permainan untuk Honor of Kings: World seiring dengan pengumuman iPhone 16 di Apple Event.

Honor of Kings: World adalah permainan RPG dunia terbuka dari francais popular Honor of Kings.

Dibangunkan oleh TiMi Studio Group, permainan mudah alih ini bakal membawa peminat-peminat HOK jauh ke dalam dunia permainan popular itu.

Foto: Apple

Kemunculan sulung ini juga dilakukan dengan promosi dari Apple mengatakan mereka komited untuk memberikan fokus kepada pasaran permainan video mudah alih, ditambah lagi dengan keupayaan cip pemprosesan A18PRO yang sangat berkuasa.

Foto: Apple

IPhone 16 dan 16 Pro dilengkapkan dengan cip A18/A18 Pro bersama skrin ProMotion untuk memastikan pengalaman anda lancar ditambah dengan prestasi yang lebih menakjubkan.

Penceritaan Honor of Kings juga akan diselami lagi dalam Honor of Kings: World dan membawa kombat nyata dengan pelbagai hero-hero dari permainan asal.

RELATED NEWS

+