Demon Slayer akan berakhir dengan filem trilogi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Siri anime Demon Slayer (Kimetsu no Yaiba) terkenal bakal berakhir tidak lama lagi.

Crunchyroll mengumumkan bahawa Arc Terakhir Demon Slayer iaitu Infinity Castle akan ditayangkan sebagai filem trilogi.

Ini bukan kali pertama Demon Slayer mengeluarkan filem, sebelum ini juga beberapa arc lain sudah menjadi filem juga.

Arc terakhir ini akan menceritakan Infinity Castle iaitu kubu Kibutsuji Muzan bersama-sama demon yang lain yang mahukan peperangan besar terakhir diantara mereka dan Demon Slayer Corps.

Demon Slayer atau Kimetsu no Yaiba adalah manga hasil ciptaan Koyoharu Gotoge menceritakan Tanjiro Kamado dimana keluarganya dibunuh oleh seekor demon dan dia kini dalam perjalanan membalas dendam disamping mengembalikan adik perempuannya Nezuko menjadi manusia.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai tarikh tayangan trilogi ini.

RELATED NEWS

+