Desaifer dan Matt, pengulas e-sukan yang dianugerahkan Malaysia Books of Records!

Sebelum ini, kita sudah melihat beberapa atlet e-sukan menerima anugerah Malaysia Book of Records disebabkan pencapaian mereka yang mengharumkan nama negara.

Kini, giliran pengulas e-sukan kita pula yang mendapatkan anugerah itu.

Menerusi sebuah hantaran Facebook Desaifer, dia dan Matt dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records sebagai rakyat Malaysia yang pertama mengulas di Piala Dunia kelab FIFAe 2021 secara duo.

Desaifer atau nama sebenarnya Hafiz Sudin, menyatakan bahawa dia sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjanya.

“Saya berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya saya dengan meletakkan sifat integriti, disiplin dan merendah diri sebagai teras dalam hidup saya,” tulisnya.

Matt atau nama sebenarnya Matthews Izacc pula meluahkan rasa bangganya melalui hantaran Instagram.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Matthews Izzac (@matthewsizzac)

“Saya benar-benar berbangga menjadi rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi menjadi pemegang rekod kebangsaan adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan dalam hidup saya,” tulisnya.

Kejayaan mereka berdua sememangnya membanggakan buat semua rakyat Malaysia kerana sudah berusaha keras untuk sampai ke tahap ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Desaifer dan Matt!

Foto: Instagram Matt

RELATED NEWS

+