Destiny 2 disahkan akan tiba di PS5 dan Xbox Series X

Antara permainan dalam talian yang paling popular di PC dan konsol pada generasi ini ialah Destiny 2. Ramai orang tertanya-tanya sama ada ia akan dilancarkan untuk konsol generasi seterusnya dan kini Bungie (pembangun) tampil menjawab.

Menurut ciapan daripada akaun rasmi Bungie, mereka mengesahkan bahawa Destiny 2 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X.

Butiran-butiran mengenai versi PS5 dan Xbox Series X akan didedahkan pada masa akan datang. Penulis berharap versi-versi tersebut akan menerima kemaskini yang membuatkan kualiti grafik menjadi lebih cantik dan juga meningkatkan kadar framerate.

Pada waktu ini, Destiny 2 boleh dimain secara percuma di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Dengan adanya versi PS5 dan Xbox Series X, para pemain tidak perlu risau tentang kemajuan mereka dalam judul tersebut apabila membeli konsol baharu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+