Destiny 2 mengumumkan Destiny 2 Showcase yang akan berlangsung pada Ogos ini

Acara Destiny 2 akan tiba menjelang Ogos nanti selepas akaun rasmi Twitter Destiny 2 telah membuat posting tentang perkara itu. 

Event itu dipanggil Destiny 2 showcase, namun begitu, perkara-perkara lain tidak dinyatakan untuk event itu setakat ini.

Kita masih tidak tahu apa yang bakal ditunjukkan, mungkin expansion yang seterusnya selepas expansion Beyond Light yang dilancarkan pada tahun lepas.

Tweet itu dinyatakan bersama gambar dan slogan “Survive the Truth”. Ada di antara peminat yang sudah membuat spekulasi tentang khabar angin Witch Queen expansion. Pemain dan peminat Destiny 2 sangat teruja dengan berita itu, di mana banyak peminat yang memberikan respons yang baik terhadap tweet itu. 

Selain itu, mungkin mereka juga akan membuat pengumuman tentang mod rentas platform yang sudah dibangunkan sebelum ini. Sejak awal tahun ini, mod rentas platform boleh digunakan dari tarikh asal ia dikeluarkan. Beta rasmi bermula pada 25 sehingga 27 Mei lalu. 

Apakah pengumuman yang anda rasa akan diumumkan pada acara ini nanti? Mungkinkah mod rentas platform atau expansion yang baru. Nyatakan pendapat anda.

RELATED NEWS

+