Developer Rules of Survival Lancarkan Klon Fortnite – Fortcraft Di Android & iOS

Tak sempat lagi Fortnite Battle Royale versi mobile nak keluar, dah ada yang menangguk di air keruh!

Ya, pencipta Rules of Survival (klon PUBG) senyap-senyap mengeluarkan versi beta bagi game Fortnite, iaitu Fortcraft! Dibangunkan oleh NetEase, klon ini lebih sesuai untuk korang yang memakai iPhone 6 ke atas dan iOS9.

Fortcraft meniru babak-babak pertarungan dan ciri-ciri dalam Fornite seperti mencari senjata api, mengumpul bahan untuk membina menara, terjun daripada teksi terbang dan macam-macam lagi.

Kalau korang jenis yang gatal tangan dan tak sabar tunggu versi rasmi Fortcraft Mobile, boleh lah muat turun Fortcraft dulu dekat phone. Tapi penulis awal-awal ingatkan, versi di iOS dah tak boleh dimainkan kerana terlalu ramai pemain. Korang hanya boleh cuba di PlayStore di SINI.

Saksikan gameplay dari Youtuber Resbakk Gaming ini:

RELATED NEWS

+