DG Esports mendedahkan barisan pemain untuk SEA Icon Wild Rift Indonesia

DG Esports, sebuah organisasi yang berasal dari Indonesia sudah mengumumkan skuad Wild Rift mereka pada 10 ogos lalu. Ini bagi persiapan mereka untuk bertanding di dalam pusingan akhir kelayakan Kejohanan Wild Rift Icon Asia Tenggara 2021 yang akan berlangsung pada 14 ogos ini. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by DG ESPORTS (@dg.esports)

Menerusi perkongsian di laman Instagram rasmi mereka, pasukan ini mendedahkan 5 pemain untuk skuad itu. Mereka adalah 4 pemain daripada BOOM Esports dan seorang pemain baru. Sebelum ini, 4 pemain dari BOOM Esports sudah menyertai siri Icon Asia Tenggara 2021: Pramusim. Berikut adalah senarai barisan pemain mereka.

  • Irdham Hilmansyah (Damskii) : Kapten
  • Gatama Putra Sanjaya (Platypus) : Mid-lane
  • Vikrie (Vivy) : Jungle
  • Shainse : Baron Lane
  • Wahidu Imam (Chalize) : ADC

Pertandingan League of Legends: Wild Rift sudah dianjurkan hampir meliputi seluruh dunia, 16 pasukan akan bertanding untuk peringkat akhir pusingan kelayakan dan 8 dari mereka akan memasuki kejohanan Wild Rift Icon Asia Tenggara 2021 yang akan berlangsung pada 21 ogos ini.

Pasukan ini masih mempunyai peluang untuk memenangi pertandingan ini meskipun baru ditubuhkan.

RELATED NEWS

+