Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?

Ramai yang tertanya-tanya apa yang terdapat di sebalik rangka seorang Fall Guy. Sehingga hari ini, ia menjadi tanda tanya dan satu misteri terbesar di Internet.

Hari ini, Mediatonic dan Devolver Digital menjawab pertanyaan peminat selama ini. 

Dalam satu ciapan di Twitter, Mediatonic mendedahkan rangka dalaman seorang Fall Guy, ketinggiannya dan bagaimana keadaan mereka apabila sedang gembira.

Lebih mengukuhkan lagi, Twitter rasmi ini mengesahkan itulah lore yang rasmi untuk Fall Guys.

Penerimaan berita ini adalah bercampur reaksinya. Ada yang teruja, ada yang rasa ia menakutkan dan sebagainya.

Fall Guys sedia dimainkan di PS4 dan PC. 

Tiada lagi berita jika permainan ini akan dilancarkan di platform lain atau konsol generasi seterusnya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+