dikeluarkan buat pertama kali untuk Nintendo Switch bulan lepas tetapi Blizzard akhirnya mengumumkan tarikh rasmi bagi Diablo 3 di Switch hari ini!"> dikeluarkan buat pertama kali untuk Nintendo Switch bulan lepas tetapi Blizzard akhirnya mengumumkan tarikh rasmi bagi Diablo 3 di Switch hari ini!" /> dikeluarkan buat pertama kali untuk Nintendo Switch bulan lepas tetapi Blizzard akhirnya mengumumkan tarikh rasmi bagi Diablo 3 di Switch hari ini!" />

Diablo 3 Di Switch Sudah Ada Tarikh Rasmi, Pre-Order Telah Dibuka

Sebelum ini, kami pernah melaporkan Diablo 3: Eternal Collection akan dikeluarkan buat pertama kali untuk Nintendo Switch bulan lepas tetapi Blizzard akhirnya mengumumkan tarikh rasmi bagi Diablo 3 di Switch hari ini!

Kini, Nintendo sudah buka pre-order Diablo 3 secara digital di eShop dengan harga USD$59.99 (RM248). Pemilik Nintendo Switch juga memerlukan ruang sebanyak 14.3GB untuk game RPG. Korang juga boleh beli Diablo 3: Eternal Collection apabila tiba di kedai game pada November nanti.

Diablo 3 di Switch memberikan pengalaman Diablo 3 penuh dengan game asal termasuk kempen cerita, mod Adventure yang sentiasa bertukar-tukar mengikut lokasi dan Seasons yang mengikut tema bagi berpeluang dapatkan loot berharga. Bukan itu sahaja, expansion Reaper of Souls dan pek Rise of the Necromancer turut diserta sekali.

Versi Switch juga menambah masuk barangan eksklusif dari siri The Legend of Zelda iaitu armor kosmetik yang diinspirasikan oleh Ganondorf, sepasang kepak diinspirasikan dari Majora’s Mask, potret karakter Triforce dan satu haiwan belaan baru bernama Cucco.

Korang boleh masuk dungeon dan mengutip loot masyuk bersama rakan-rakan sehingga empat pemain sama ada melalui perkongsian skrin bersama mahupun secara online.

Diablo 3: Eternal Collection bakal dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 2 November 2018.

Sumber: Pocket Gamer

RELATED NEWS

+