Diablo 4 akan memperkenalkan fungsi mengubah penampilan karakter dan barang

Diablo 4 buat pertama kalinya di dalam sepanjang permainan video yang dihasilkan sebelum ini akan memberikan fungsi pengubahsuaian karakter sepenuhnya.

Ia termasuklah di dalam sudut gambaran wajah seperti warna mata, jambang, tattoo dan sebagainya. Selain itu, para pemain juga akan dapat mengubah warna pakaian milik karakter mereka.

Seperti biasa, pemilihan pakaian dan juga barang para pemain akan memainkan peranan penting di dalam penampilan karakter mereka.

Oleh itu Diablo 4 akan menawarkan sistem yang lebih komprehensif berbanding Diablo 3. “Setiap pakaian akan dapat diubah warna seperti, baju, kasut, topi keledar dan sarung tangan.” ujar Blizzard. “Anda boleh mengubah warna setiap pakaian dengan warna yang berasingan atau memilih warna yang sama bagi kesemua pakaian”.

Sistem dye ini boleh diakses dari Lair, di mana para pemain akan dapat menggunakan fungsi terbaru Wardrobe untuk menggabungkan pakaian dan jenis warna yang dipilih.

Di samping itu, Blizzard juga telah membincangkan tentang kemajuan yang dibuat di dalam reka bentuk teknologi  dan seni permainan Diablo. Berikutan Diablo 3 memaparkan estetika yang sangat bergaya, Diablo 4 pula mengembalikan semula paparan grimdark look di mana ia menjadi satu elemen di dalam versi permainan Diablo sebelum ini. 

John Mueller yang merupakan pengarah seni Diablo 4 memberikan ulasan, “Kami ingin menggunakan alat dan teknik yang terkini akan tetapi kami mempunyai keprihatinan untuk mengambil kira “realism” dengan cara hand-crafted yang kami merasakan ianya merupakan asas dalam sebuah permainan yang dihasilkan dari Blizzard. Kami tidak mahu karakter itu menjadi terlalu biasa disebabkan proses tersebut.”

“Manfaat menggunakan alat dan teknik terkini berfungsi sebagai bahagian in-game engine adalah untuk memberikan lebih banyak storytelling di dalam permainan video tersebut. Sebilangan besar cutscene cerita kami akan disunting di dalam engine kami menggunakan model permainan.” tambah beliau.

Contoh in-game sinematik ini dapat disaksikan di dalam pengumuman karakter Rogue dari awal tahun ini. Walaupun ia tidak mempunyai kualiti seperti sebuah filem namun ia masih berkualiti tinggi berbanding sinematik Diablo 3 sebelum ini.

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.

RELATED NEWS

+