Diablo 4 Memperkenalkan Ciri Dan Gaya Permainan Baru

Ramai yang menantikan maklumat terbaru Diablo 4, permainan video hack & slash akan datang yang dibangunkan oleh Blizzard. Kali ini, peminat memberikan respons yang cukup berguna bagi memastikan permainan ini tidak seperti Diablo 3 (dari segi atmosfera, persekitaran dan sebagainya).

Blizzard mengumumkan kali ini Diablo 4 akan dibangunkan khusus untuk PC dan konsol serentak. Ini bermakna antaramuka (UI) seperti bar nyawa, inventori dan sebagainya akan selari dan tidak berlainan antara kedua platform ini. 

Kali ini juga inventori tidak akan menggunakan format item yang berlainan saiz. Sebesar mana pun senjata atau kelengkapan itu, ia tetap menggunakan slot sama seperti item lebih kecil, contohnya cincin.

Item sekarang tergolong dalam satu slot.

Pengguna PC juga boleh memilih untuk menggunakan tetikus ataupun controller.

“Kami cuba untuk lakukan pendekatan ini, mengekalkan tetapan papan kekunci dan tetikus sementara menambah shortcuts yang lebih sesuai bagi pengguna controller.

“Ia bukan mudah tapi kami ingin peminat tidak berasa kekok untuk bermain mengikut input mereka sendiri.

Blizzard juga akan mengubah sedikit untuk mod co-op.

“Apabila dua pemain bermain bersama (di konsol), mereka berkongsi skrin (jika pemain membuka inventori, game akan pause untuk pemain seorang lagi), oleh itu kami akan cuba ubah tetapan ini.

“Kedua pemain bebas membuka dua skrin (contoh; inventori dan skill selection) tanpa gangguan lagi,” tulis Blizzard.

Diablo 4 buat masa ini belum ada tarikh pelancaran tapi ramai yang mengagak ia akan dilancarkan pada tahun hadapan. Dari trailer pengumumannya, Diablo 4 lebih dark dan mempunyai atmosfera yang sama seperti Diablo 2 yang disukai rata-rata peminat permainan video tersebut.

Sumber: Comicbook

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+