Diablo II akan kembali selepas 20 tahun, dinamakan Diablo II: Resurrected

Lord of Terror akan kembali pada pelantar PC dan konsol pada akhir tahun ini. Blizzard telah mengumumkan bahawa setelah 20 tahun sejak pelancaran awalnya, Diablo 2: The Lord of Destruction akan dibuat semula (remastered) dan boleh dimainkan dengan resolusi sehingga 4K / 144Hz.

Remaster itu dipanggil Diablo 2: Ressurrected dan ia akan tersedia untuk dimainkan di pelantar PC dan untuk pertama kalinya di Xbox Series X, Xbox One, PS5, PS4 dan Nintendo Switch.

Presiden Blizzard J. Allen Brack juga mengatakan bahawa permainan ini akan menawarkan fungsi cross-progression, yang membolehkan anda mengembangkan karakter anda antara versi PC dan konsol.

Masih misteri engine permainan mana yang sedang digunakan untuk treler ini kerana Brack tidak mengatakan apa-apa secara khusus, tetapi sepertinya ia menggunakan sistem yang sama dengan Diablo 3, seperti yang dilihat oleh beberapa kesan partikel dan pencahayaan ambien dalam treler.

Resurrected diumumkan semasa keynote pembukaan pada hari Jumaat di Blizzcon 2021 dan setakat ini kita tidak mendapat banyak perincian mengenai permainan ini. Brack menekankan bahawa Blizzard berusaha melakukan yang terbaik untuk mengekalkan corak permainan permainan yang asli tetapi akan menambah kemas kini grafik dan suara sekeliling Dolby 7.1.

Namun demikian, para pemain yang ingin merasakan pengalaman nostalgik 20 tahun yang lalu boleh berpindah ke mod klasik yang menggunakan tekstur berasaskan permainan asal. Sejauh ini mereka tidak mempunyai tarikh pelancaran yang tepat selain tahun 2021, tetapi Blizzard mengatakan pemain boleh pergi ke laman web Diablo 2: Ressurrected untuk mendaftar diri bagi menyertai ujian awam PC alpha yang akan datang.

RELATED NEWS

+