Diablo Immortal Diumumkan Untuk Mobile – Kolaborasi Blizzard Bersama NetEase!

Blizzard sememangnya penuh dengan kejutan. 

Pada hari yang sama Diablo III dilancarkan di Nintendo Switch, mereka mengumumkan yang francais Diablo akan melebarkan sayap ke lebih banyak platform. Di Blizzcon yang berlangsung, kita dikejutkan dengan Diablo Immortal yang akan akan hadir ke iOS dan Android dan merupakan permainan mudah alih pertama dalam siri ini.

Permainan aksi RPG ini menggunakan latar masa selepas Diablo II: Lord of Destruction dan sebelum Diablo III (lega sekejap kerana Diablo 4 pastinya masih dalam pembikinan). Ia menampilkan enam kelas (Barbarian, Crusader, Demon Hunter, Monk, Necromancer dan Wizzard) dengan ramai lagi diumumkan untuk masa depan (mungkinkah karakter ini akan diimport ke Diablo 4 juga nanti?). Korang juga boleh berlawan musuh bersama rakan-rakan. Mulakan kembara hampir serupa seperti di PC.

Blizzard juga berkata Diablo Immortal akan mempunyai kemaskini yang kerap menekankan kepada penceritaan, loot dan cabaran. Mereka juga bekerjasama dengan NetEase (Rules of Survival, Knives Out) dan sudah pun memulakan pra-pendaftaran di SINI. Daftarlah sekarang untuk menerima kemaskini dan berita baru!

Berita ini mungkin kurang menyenangkan bagi peminat di PC yang sudah menunggu sekian lama untuk Diablo 4 sejak 2012. Mereka rasa tertipu dengan pelan Blizzard yang sedang membangunkan projek Diablo lain. Tapi bagi pemain kasual yang tak mampu miliki PC canggih, pastinya korang sedia bersorak gembira untuk lepak mamak main Diablo dengan member-member. What a good time to be alive!

 

RELATED NEWS

+