Diablo IV Akhirnya Diumumkan Di BlizzCon 2019, Tiga Karakter Diperkenalkan – Druid, Barbarian Dan Sorceress

Diablo IV sudah lama diacah Blizzard dan ramai peminat yang menantikannya kerana Diablo III tidak cukup dark dan kurang menyerlah jika dibandingkan dengan Diablo 2.

Oleh demikian, Blizzard menjanjikan peminat yang Diablo IV bakal hadir dan mencerminkan identiti asal francais itu. Mereka mengumumkannya di BlizzCon 2019 yang berlangsung bermula semalam. Saksikan trailer di bawah:

Seperti yang disaksikan dalam trailer di atas, ia dimulakan dengan seorang lelaki menceritakan naratif, berkata dunia sekarang penuh dengan pembunuhan dan huru-hara selepas jutaan manusia terbunuh akibat peperangan berlaku antara High Heavens dan Burning Hell. Naratif disambungkan dengan gameplay Nephalem baru memfokuskan pada tiga karakter utama iaitu Druid, Barbarian dan Sorceress.

Druid mempunyai set kuasa baru untuk menukar bentuk kepada beruang dan serigala dengan sesuka hati manakala Sorceress membuat kemunculan kembali.

Barbarian pula adalah ikonik dan ditampilkan sepanjang keluaran Diablo. Watak ini boleh menggunakan senjata two-handed dan single-handed sesuka hati.

Dari segi dunia ditunjukkan, ia lebih gloomydark dan menyamai tema dalam Diablo II yang disukai ramai. Malah, ia kini menggunakan konsep dunia terbuka.

Sementara itu, trailer Sinematik ini pula menceritakan bagaimana anak perempuan Mephisto, Lilith dipanggil semula ke Sanctuary oleh golongan perompak. Lilith sebelum ini diusir keluar dari dunia oleh Inarius. Kali ini, beliau kembali untuk membuat onar dan kacau bilau kembali. 

Tema Diablo IV kali ini memfokuskan pada kerosakan dibuat oleh Lilith dan bagaimana Nephalem mencari cara untuk menamatkan kemarau berdarah ini.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran masih belum diumumkan tapi ia akan hadir ke konsol dan PC.

Bagi info lanjut mengenai Diablo IV, anda boleh ke https://diablo.blizzard.com/en-gb/

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+