Dibantu Homebois, UiTM Vendetta berjaya layak ke final Cyberathlete Collegiate Mobile Legends

Musim pertama kejohanan Cyberathlete Collegiate Mobile Legends menyaksikan pasukan yang terdiri daripada mahasiswa dari Filipina, Indonesia, Singapura dan Malaysia bertanding.

Keputusan di musim pertama selepas hari ketiga peringkat round robin memberikan kelegaan buat UiTM Vendetta dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila mereka berada di tempat kedua di dalam carta kedudukan.

Mereka diwakili oleh:

  • Muhammad Nabil Japri (King Abey)
  • Muhammad Badrun Ahmad Puad (King Badd)
  • Danish Haziq Azrul Yussaini (King Deft)
  • Akmal Hakim Mohd Hisham (King Toyz)
  • Muhammad Najmi Abdul Latib (King Jimz)
  • Muhammad Badrul Amin Enche Ibrahim (Ahmad Jennie)
  • Muhammad Zafri Che Mohd Zulkifli (Squpoz)
  • Muhammad Zulhafiz Md Yusuf (Pengurus)

Difahamkan, mereka ke Johor untuk mendapat khidmat nasihat dan latihan dari pasukan MPL MY musim kelapan iaitu HomeBois.

Pasukan dikendalikan DaddyHood itu mempunyai beberapa pemain hebat dan SaifulAujang (Inferni) sebagai kapten banyak membantu Vendetta dari segi drafting dan sebagainya.

Di tempat kedua, mereka di belakang skuad Indonesia iaitu Gunadarma dari Gunadarma University. UiTM Vendetta akan bertarung dengan Gunadarma pada 9 Januari depan.

Pemenang akan mendapat slot ke peringkat Grand Final dan berpeluang untuk merebut wang hadiah terkumpul lumayan berjumlah AS$250,000 (RM1 juta) nanti.

RELATED NEWS

+