Disangka seorang perisik, tuan rumah membuang PC penyewanya ke dalam tab mandi

Seorang pengguna Reddit memberitahu PC miliknya dibuang ke dalam tab mandi akibat tuan rumah menyesyaki dia adalah perisik dari agensi kerajaan.

Pengguna Reddit bernama _FedoraTipperBot_ berkongsi kisahnya di Reddit.

“Tuan rumah menyangka saya daripada agensi kerajaan dan mengunci saya diluar dan melakukan hal ini.”

Baru-baru ini _FedoraTipperBot_ dan rakannya menyewa di sebuah pangsapuri baru dan menghadapi masalah dengan tuan rumah menyekat internet dan juga bekalan elektrik.

Tuan rumah juga kelihatan mencurigakan.

Pada hari pertama tuan rumah melihat barang-barang komputer dan juga menandatangan beberapa dokumen yang berkata mereka tidak bekerja dengan mana-mana agensi kerajaan.

Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila tuan rumah itu mempunyai masalah mental psikosis.

Beliau bertindak mahu menghalau mereka dari menyewa dan memanggil polis lalu memasuki pangsapuri mereka dan bertindak membuang PC ke dalam tab mandi.

Tidak ada apa-apa yang boleh dibuat untuk menghalang perkara ini dari berlaku.

TAGS

RELATED NEWS

+