Discord perkenal fungsi Last Online – ‘tidak lagi boleh lari’ dari kawan di Discord

Di Discord, ramai sebenarnya menggunakan mod Invisible untuk melarikan diri dari rakan Discord yang lain tidak kira rakan sepermainan, rakan kerja atau lain-lain.

Discord baru-baru ini memperkenalkan fungsi Last Online baharu di mana ia akan menunjukkan bila kali terakhir anda berada di atas talian sekaligus mendedahkan kepada rakan-rakan anda sebenarnya di atas talian beberapa minit sebelum.

Anda tidak lagi boleh bersembunyi dari orang di Discord kerana mereka akan tahu bila kali terakhir anda berada di atas talian.

Sama seperti pelantar permainan video yang lain atau beberapa laman sosial lain, profil Discord akan menunjukkan bila kali terakhir anda berada di atas talian.

Penukaran ini boleh dikatakan satu masalah baru yang melanggar privasi beberapa pengguna Discord terutama yang tidak mahu diganggu.

Tetapi ada cara untuk memberhentikan benda ini.

Jika anda membiarkan status Invisible, masa Last Online ini tidak akan dikemaskini.

Fungsi Last Online ini hanya akan mengemaskini apabila anda menukarkan kepada mod Active dan profil anda menjadi hijau.

Kemaskini Discord baharu ini akan kekal dan tidak akan hilang.

Selagi anda tidak menukarkan mod Invisible selagi itu anda akan dilihat sebagai offline.

RELATED NEWS

+