Disguised Toast berbelanja besar demi sepanduk Arataki Itto

Fenomena Genshin Impact masih lagi membara di dalam dunia penstriman, termasuk juga buat penstrim terkenal, Disguised Toast yang baru-baru ini baru bermula melangkah kaki ke alam Genshin Impact.

Ramai yang sedia maklum walaupun Genshin Impact adalah permainan percuma, tetapi untuk mendapatkan barangan istimewa pemain perlu menggunakan matawang dalam permainan iaitu Primogems dan Genesis Crystal.

Toast menemukan sepanduk Arataki Itto selepas menghabiskan peringkat prolog, di mana pemain boleh mendapatkan karakter 5 bintang itu dan Gorou.

“Saya tak mahu menggunakan Genesis Crystal, saya mahu gunakan wang, matawang nombor satu di bandar Mondstadt. Wang!” kata Disguised Toast sambil memegang kad kreditnya.

Dia kemudian, menemukan bundle 6,480 Genesis Crystal yang boleh dibeli dengan nilai AS$99.99 (RM420.96).

Disguised Toast memperoleh Arataki Itto selepas menghabiskan 80 daripada 81 Intertwined Fates yang diperolehnya.

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+