Dlar hadapi masalah komunikasi dengan pemain Indonesia, diturunkan ke MDL

Dlar adalah pemain Filipina yang diimport untuk bermain bersama EVOS Legends di Liga Profesional MLBB (MPL) ID musim kesepuluh.

Namun, selepas beberapa lama, dia kini diturunkan ke EVOS Icon untuk bermain di MDL Indonesia musim keenam. Ramai yang terkejut dengan keputusan ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by EVOS ESPORTS (@evosesports)

Namun jurulatih, Agee mengatakan ada beberapa masalah.

Salah satunya kerana gaya permainan Dlar sebenarnya tidak banyak ‘lari’ seperti pemain tempatan dan masalah komunikasi adalah yang utama.

Malah, perkara ini turut diakui oleh Dlar sendiri.

“Saya dah main tiga perlawanan dan saya rasa ia belum cukup baik, saya perlu belajar lagi banyak perkara.

“Cuba mengadaptasi dengan budaya Indonesia, khususnya mempelajari arena e-sukan di Indonesia,” katanya.

Dlar juga mengatakan keputusannya turun ke MDL untuk teroka dan belajar lagi Bahasa Indonesia kerana di EVOS Legends, bahasa menjadi satu penghalang kerana sukar berkomunikasi.

“Mungkin musim depan saya boleh jadi lebih kuat dan bermain lagi di MPL Indonesia. Terima kasih EVOS Fams yang memberikan sokongan,” katanya.

Jejaka Filipina itu kini menyertai Branz dan Ferxiic yang juga dikenali di MPL.

RELATED NEWS

+