Dlarskie masuk EVOS Legends? Bagaimana reaksi Rekt nanti?

Gerald Trinchera atau lebih dikenali sebagai Dlarskie adalah salah seorang pemain pasukan ONIC PH. 

Dia memulakan kariernya sebagai pemain profesional seawal tahun 2019 bersama pasukan itu di musim keempat MPL PH.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Selepas pengumuman Dlarskie keluar ONIC PH, sumber berita dari Filipina iaitu Tiebreaker Times mengatakan Dlar akan memulakan kariernya yang seterusnya bersama EVOS Legends.

Pelbagai sumber turut diperoleh mengatakan Dlar akan menguatkan pasukan EVOS Legends untuk persiapan MPL ID musim ke-10.

Sejauh manakah kebenaran berita itu pasti akan dapat dikupas tidak lama lagi selepas EVOS Legends mengumumkan barisan pemain MLBB mereka.

Terdahulu, Rekt EVOS berkata dia tidak akan bermain jika ada pemain dari Filipina yang menyertai pasukan itu.

Adakah Dlar akan bersama EVOS Legends untuk musim baru ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: emak_moba

 

 

RELATED NEWS

+