Walaupun hanya beberapa hari sahaja Downloadable Content (DLC) ini keluar untuk Elden Ring, permainan ini sudahpum ‘diserang’ oleh ramai pemain kasual di Steam.
Review negatif diberikan untuk DLC Shadow of Erdtree ini kerana terlalu susah untuk mereka dan juga kerana masalah prestasi FPS.
Setakat penulisan ini DLC ini mempunyai review Mixed iaitu sebanyak 65% menghantar review positif dari 33,000 pemain.
Ramai pemain mengatakan tahap kesusahan DLC ini terlalu sukar dan terus memberi komen negatif.
Menurut Hidetaka Miyazaki dalam temubual bersama The Guardian, dia mengatakan FromSoftware tidak akan mengurangkan tahap kesusahan untuk DLC ini kerana pengalaman dan pencapaian untuk menang adalah pengalaman berharga dalam Elden Ring.
FromSoftware pula dikenali ramai apabila mereka menambah DLC untuk permainan video mereka, tahap kesusahan itu menjadi lebih susah daripada biasa.
Tetapi bukan semua review negatif ini disebabkan tahap kesusahan tetapi masalah baru yang muncul sejak DLC baru ini juga mempunyai isu prestasi FPS dan masalah audio di PC.
Manakala seorang streamer bernama NoahJ sudah menamatkan DLC ini dalam rekod masa 19 jam dengan 1,178 kematian tanpa armor, magic, summons dan menewaskan semua bos baru yang ada.
NoahJ just beat the Elden Ring DLC in 19 hours after 1,178 deaths
No armor, no magic, no summons, and defeated all bosses – Just a man and his stick
— Dexerto (@Dexerto) June 24, 2024