DLC Far Cry 6 akan tiba November ini dengan watak penjahat roguelike

Ubisoft mendedahkan perancangan selepas pelancaran bagi Far Cry 6 dan menyatakan bahawa sebuah DLC dengan penjahat roguelike akan dilancarkan pada November ini dengan tiga episod. 

Seperti yang dikongsikan di dalam sebuah sidang media, Ubisoft mengesahkan kandungan Season Pass DLC akan bermula November ini, kira-kira sebulan selepas permainan itu dilancarkan – 7 Oktober. 

Season Pass itu sendiri mengandungi pengembaraan tiga episod di mana pemain akan bermain sebagai watak penjahat yang berbeza, perlu melepaskan diri daripada ketakutan yang menyelubungi fikirannya. Episod pertama DLC akan lebih fokus kepada kisah di sebalik Vaas, karakter ikonik daripada Far Cry 3, akan dilancarkan November, manakala episod dua, (Pagan Min) pada bulan Januari dan episod tiga (Joseph Seed) pada Mac 2022. 

Dengan apa yang studio lakukan pada penambahan di dalam siri ini, Season Pass bagi Far Cry 6 akan kelihatan seperti roguelike pada pelancarannya kelak.

Pemain yang memulakan DLC hanya akan diberikan pistol sebagai senjata untuk mempertahankan diri, sementara mereka perlu menjelajah fikiran penjahat masing-masing dan mencari senjata yang lebih hebat. 

Season Pass permainan ini boleh dimainkan secara solo atau bersama rakan di mod co-op  dengan Ubisoft mengesahkan hanya seorang sahaja perlukan kandungan DLC untuk bermain di mod co-op.

Ubisoft juga memperincikan akan lebih banyak kandungan yang akan ditambah di dalam permainan itu nanti. Di mana mereka akan menampilkan beberapa pemberontakan secara mingguan, bermula hari pelancaran. Pemain perlu menghapuskan semua ancaman di seluruh Pulau Yara dan pemain akan diberi ganjaran.

Permainan ini juga akan menampilkan enam operasi istimewa yang akan memperkenalkan mekanisma permainan baru.

Peminat yang membeli Season Pass far Cry 6 juga akan mendapat akses Far Cry 3 Blood Dragon. Bagi mereka yang membelinya untuk PC, akan mendapat versi original Blood Dragon yang dilancarkan pada 2013, manakala untuk konsol dan Stadia akan mendapat Far Cry 3 Blood Dragon: Classic Edition.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+