DLC Stellar Blade x NieR: Automata bakal hadir 20 November ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Stellar Blade kini akan menerima kolaborasi bersama NieR: Automata dan juga DLC percuma seperti mod foto dan lain-lain.

NieR: Automata menjadi antara inspirasi besar untuk Stellar Blade dan kolaborasi ini sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminat kedua-dua game ini.

Foto: Shift Up

Kolaborasi ini juga akan memperkenalkan 2B, A2 dan Emil ke dunia Stellar Blade.

Emil pula bakal menjadi shopkeeper dan akan menjual 11 barang baharu yang berkaitan dengan kolaborasi ini.

Foto: Shift Up

Selain itu, mod foto yang sudah lama dimohon oleh pemain Stellar Blade juga bakal hadir.

DLC percuma ini juga akan menambahkan beberapa kosmetik baharu iaitu empat kostum baharu dan beberapa aksesori lain.

Rambut ekor kuda Eve juga boleh ditutup dan pemain boleh memilih lagu mereka sendiri di setiap camp yang ada.

Setakat ini harga DLC NieR: Automata masih belum diumumkan tetapi tarikh pelancaran untuk DLC ini adalah pada 20 November.


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+