Doakan Hahagus..

Jurulatih pasukan Gank, sebelum ini dikenali sebagai Yoodo Gank, Agus Amran kini masih lagi bergelut dengan COVID-19. Melalui perkongsian di akaun rasmi Facebook beliau, Agus memuat naik status “75% Covid di paru-paru, angin pula bocor di dalam”.

Beliau sebelum ini pernah disahkan menghidap COVID-19 dan sudah semakin sembuh, akan tetapi keadaan kembali tidak baik hari ini.

Dalam satu hantaran di Instagram, pemain Gank, Man Parang juga meminta orang ramai mendoakan kesihatan Agus kembali pulih.

Terdahulu, pemain-pemain Gank dilaporkan terkena jangkitan COVID-19.

Agus Amran menyertai pasukan Gank sebagai jurulatih bermula dari tahun 2019. Antara pencapaian beliau adalah membantu pasukan ini mendapat tempat kedua di PMPL MYSG Final 2020 dan PMNC Malaysia 2021.

Beliau juga membantu skuad itu memenangi PMPL SEA Finals.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Agus Amran berjaya pulih seperti sedia kala. 

Foto: Agus Amran

RELATED NEWS

+