DokeV, permainan video dunia terbuka – Black Desert versi Pokemon

DokeV adalah permainan video mengumpul binatang seperti Pokemon berserta permainan video dunia terbuka dari Pearl Abyss yang juga terkenal dengan Black Desert Online.

Dunia Doke V akan dipenuhi dengan warna-warni dan anda boleh berjumpa dengan Dokebi satu raksasa yang hidup bersama-sama manusia untuk membantu manusia mencapai impian mereka.

Permainan ini bagaimanapun mendapat perubahan dari MMO menjadi dunia terbuka.

Mungkin kita akan mendapat mod online seperti Monster Hunter?

DokeV juga penuh dengan nilai kebudayaan dari Korea seperti k-pop.

Cara bermain dari video di atas juga menunjukkan DokeV akan mempunyai banyak dinamik dan warna.

Anda juga boleh menaiki papan luncur, roler blades, jetpack dan payung untuk terbang dan meluncur.

Dengan kualiti permainan video AAA dan kali ini bukan hanya untuk orang dewasa, DokeV pasti akan memberi satu pengalaman baru dengan grafik yang sangat cantik.

RELATED NEWS

+