Dota 2 adalah e-sukan dengan prizepool tertinggi tahun ini, HOK pula ‘mobile esports’ dengan prizepool terbesar

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA), Dota 2 berjaya mencipta fenomena berterusan saban tahun selepas meraih kedudukan pertama sekali lagi sebagai e-sukan dengan hadiah wang tunai terkumpul tertinggi pada tahun ini.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Esports Charts, Dota 2 mencatatkan sekitar AS$22 juta hadiah wang tunai terkumpul bagi 165 kejohanan dianjurkan.

Counter Strike pula menduduki di tempat kedua. Meskipun kejohanan lebih banyak hampir 4 kali ganda namun ia tidak berjaya mengatasi prizepool Dota 2.

Sumber: Esports Charts

Bagi kategori e-sukan mudah alih pula, Honor of Kings tetap mendominasi dengan hadiah wang tunai terkumpul sekitar AS$20 juta dengan hanya 79 kejohanan diadakan.

PUBG Mobile pula mengikuti rapat di tangga keempat dengan sekitar AS$16 juta hadiah wang tunai terkumpul.

MLBB pula menduduki di tangga kesembilan dengan hanya AS$ 7.8 juta hadiah wang tunai terkumpul di mana kejuaraan dunia MLBB, M6 baru saja berakhir pada 15 Disember lepas.

Dota 2 menggunakan kaedah dana awam yang mana pungutan duit itu disalurkan kepada hadiah wang tunai terkumpul The International 2024. Dana awam itu diperoleh melalui peratusan dari pembelian Compendium yang menawarkan beberapa kandungan baru buat pemain dan aksesori dalam permainan.

Difahamkan, Esports World Cup (EWC) turut menawarkan prizepool yang besar buat e-sukan dan menyumbang banyak kepada keseluruhan prizepool bagi tahun ini.

RELATED NEWS

+