DOTA 2: Bracket Dan Jadual Perlawanan The International 2018 Group Stage Diumumkan!

The International 2018 akan memulakan group stage mereka pada malam ini jam 12 tengah malam (waktu Malaysia). Setakat ini ia mengumpulkan sebanyak US$24,300,000+ dan mempunyai baki beberapa hari lagi untuk penambahan hadiah wang tunai terkumpul.

Saksikan jadual dekat bawah ini:

Korang boleh juga stream di Twitch kalau tak ingin saksikan dalam permainan Dota 2 sendiri. 

Boleh nampak pembahagian pasukan ini sebenarnya agak adil yang mana pasukan pilihan dari The International sebelumnya.

Team Liquid akan berentap dengan pasukan seperti Mineski dan PSG.LGD yang boleh dikatakan cukup hebat. Di Group B pula, Team Secret, Virtus Pro antara yang paling mencabar sekali untuk dilawan. Mereka menduduki carta teratas dalam Dota Pro Circuit yang berakhir baru-baru ini.

Formatnya adalah best of two dan pasukan empat teratas akan advance ke Upper Bracket dan tempat kelima hingga kelapan pula ke lower bracket pada acara utama nanti.

Pasukan mana yang korang rasa akan menduduki tempat tercorot nanti?

RELATED NEWS

+