DOTA 2: CompLexity Gaming Bertanding Di Kelayakan KL Major Dengan Fear Sebagai Stand-In

compLexity Gaming baru saja menyertai pusingan kelayakan The Kuala Lumpur Major pada hari ini dan berjaya ke upper bracket. Mereka akan berdepan Evil Geniuses pada tengah malam nanti.

Bagaimanapun, mereka terpaksa bermain dengan stand-in iaitu Clinton ‘Fear’ Loomis, menggantikan Gabriel ‘Skemberlu’ Ong yang tak menerima kelulusan untuk visa Kanada.

Pasukan ini sudah pun berada di sana untuk tiga minggu bootcamp bagi menghadapi kelayakan Major dan Minor pertama tapi General Manager, Kyle ‘Beef’ Bautista mengumumkan Skemberlu tak dapat menyertai kerana masalah visa.

Mereka memilih untuk tak berlatih di Amerika Syarikat dan bergerak ke Kanada. 

Ini adalah roster coL untuk kelayakan KL Major:

– Clinton ‘Fear’ Loomis (stand-in)

– Linus ‘Limmp’ Blomdin

– Jingjun ‘Sneyking’ Wu

– Zakari ‘Zfreek’ Freedman

– Jacky ‘EternalEnVy’ Mao

coL sedang bermain untuk kelayakan KL dan akan bermain untuk DreamLeague Season 10 serta ESL One Hamburg 2018 yang bukan termasuk dalam Dota Pro Circuit.

Setakat ini, tujuh skuad dah pun layak ke KL Major menerusi pusingan kelayakan CIS, China dan Amerika Selatan:

1. PSG.LGD Gaming

2. Vici Gaming

3. Team Aster

4. Virtus.Pro

5. Ferzee

6. paiN Gaming

7. paiN X

KL Major akan berlangsung pada 9 hingga 18 November di Kuala Lumpur dan tiga hari terakhir saja akan dibuka untuk penonton menyaksikan perlawanan antara pasukan antarabangsa ini di Axiata Arena.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+