DOTA 2: EG Singkir Ninjas In Pyjamas

Perlawanan kedua The Kuala Lumpur Major pada hari ini menyaksikan pertarungan sengit antara di lower bracket antara Ninjas In Pyjamas (NiP) dan Evil Geniuses (EG).

GAME 1

Perlawanan dimulakan dengan draft hero yang biasa digunakan oleh kedua-dua pasukan. Morphling dan Axe dipilih untuk NiP manakala EG pula lebih selesa dengan Terrorblade.

Pada minit ke-17, mereka memulakan pertarungan di Roshan Pit. Arteezy hampir mati dan mengejar Saksa untuk sunder. Tapi hanya dibalas balik dengan pencurian spell oleh Saksa, mengenakan Sunder kembali.

Pada minit ke 43 pula, perlawanan sengit berlangsung antara EG dan Nip apabila skuad diketuai oleh Fly itu mula push bottom racks. Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila Arteezy ditangkap selepas kehilangan Aegis dan taunt daripada Mind_Control membantu NiP mengenakan damage berterusan.

Minit ke-47, mereka sekali lagi cuba untuk push di laluan tengah, tapi kekuatan pasukan Ninjas in Pyjamas lebih menyerlah di sini. RTZ kerap diganggu dengan taunt Axe, sementara Ace pula terus menerus mengenakan damage.

Minit ke-51 pula, mereka mensia-siakan global silence

Perlawanan dilanjutkan hingga ke minit 60+ yang mana menyaksikan NiP lebih mendominasi dan memenangi perlawanan pertama ini.

GAME 2

Pada minit ke 17, mereka cuba untuk Roshan tapi masih teragak-agak. Bagaimanapun, RTZ ditangkap pada midlane dengan Fata yang menggunakan Visage dan Ace (Drow) lalu NiP berjaya mendapatkan Roshan selepas itu.

Semestinya pasif Drow menguatkan lagi kekuatan Visage dan juga NP dimainkan PPD.

Pada minit ke-19, mereka berjaya menangkap RTZ yang sedang farming. Mereka kemudiannya push top dan berjaya menjatuhkan rax di bawah 21 minit!

Tapi bagaimanapun, EG berjaya comeback pada pertengahan perlawanan. Mereka lebih kuat apabila RTZ mula mendapat banyak item.

Bagaimanapun, pertempuran pada minit ke-48 adalah turning poiunt bagi NiP. Walaupun Ace ditangkap dulu, egg dari Phoenix berjaya dilakukan dengan bantuan Echo Slam. Saksa kemudiannya berjaya melaksanakan egg sekali lagi untuk lenyapkan line up EG.

Pada akhir perlawanan, EG berjaya comeback dengan RTZ yang dah full item dan S4 berjaya menangkap sekurang-kurangnya dua hero setiap kali clash.

Perlawanan penentuan iaitu perlawanan ketiga menyaksikan NiP sekali lagi tersilap dengan draft Ace menggunakan Drow Ranger yang kurang impak. RTZ juga terus dibiarkan menggunakan Terrorblade. 

Kesilapan demi kesilapan dilakukan dan menyebabkan mereka tersingkir di tangan EG.

Korang boleh saksikan kesemua perlawanan berlangsung di Twitch PGL Dota 2.

The Kuala Lumpur Major mengumpulkan 16 pasukan berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul USD 1 juta (kira-kira RM4.19 juta) dan 15,000 mata Dota Pro Circuit. 

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama PGL dan Imba TV bermula hari ini hingga Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil dan merupakan Major Dota 2 pertama di Malaysia!

RELATED NEWS

+