DOTA 2: EHOME Buat Kejutan, Rebut Trofi The Bucharest Minor Dengan Wang Tunai RM512,200

Siapa sangka, pasukan China yang sudah lama ‘menyepi’, EHOME kini layak ke The Chongqing Major yang akan berlangsung pada minggu depan.

Mereka layak selepas menjuarai The Bucharest Minor, pagi tadi (waktu tempatan) dengan kemenangan ke atas skuad CIS, Gambit Esports 3-1. EHOME menyertai 15 pasukan lain yang akan bertanding di China nanti.

Mengimbas kembali detik di Bucharest, Gambit dan EHOME sememangnya mendominasi yang mana Zhang ‘xiao8’ Ning membimbing pasukannya, skuad China ini berjaya mengharungi kembara dari peringkat kumpulan hingga final dengan mudah. Mereka berjaya menguasai meta (walaupun ada play yang agak membimbangkan kerana faktor overconfident).

Secara keseluruhannya, EHOME mencatatkan kemenangan hebat 11-1, di mana kekalahan hanya pada perlawanan kedua di grand final. Sementara Gambit pula cuba menggunakan keseluruhan kudrat mereka dengan Meepo, hero signature dari Nikita “Daxak” Kuzmin tapi gagal untuk menyinar pada mid-game. Walaupun Gambit cuba mempertaruhkan dua kombo ulti berbahaya dari Tide dan Phoenix, EHOME pila lebih bersedia pada perlawanan keempat dan terakhir dengan Leshrac, Tiny dan Phantom Assassin yang dibantu Chen. 

EHOME kini bersedia untuk bertarung di The Chongqing Major, yang mana mereka akan merebut sebanyak 15,000 mata DPC.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+