DOTA 2: Evil Geniuses Dominasi Perlawanan Pembukaan, 2-0 Ke Atas PSG.LGD

The Kuala Lumpur Major memulakan hari kedua dengan perlawanan pembukaan yang penuh bergaya. 

Skuad Eropah, Evil Genniuses mempertaruhkan line-up yang agak agresif dengan Terrorblade serta Mirana. Kedua core ini ditambah lagi dengan kehadiran Axe cukup kuat untuk lock down mana-mana hero di line-up PSG.LGD.

Tapi LGD apa kurangnya, meletakkan Enigma dan Silencer sebagai hero penentu untuk menang setiap clash

Bermula minit ke-21, EG terus mendominasi dengan menangkap support serta carry LGD dan terus memulakan Roshan. Mereka berjaya mendapatkan Aegis sementara Sumail pula terus solo kill di bahagian atas.

Pada minit ke-22 pula, Enigma berjaya menangkap Terrorblade dan Axe dengan blackhole namun ia masih tak cukup kerana RTZ mempunyai Aegis of the Immortal. Seminit selepas itu, PSG.LGD terus ditangkap oleh RTZ dan Sumail lalu menyebabkan team wipeout.

Minit ke-26 pula menyaksikan kesilapan dari Silencer yang mensia-siakan global silence

Walaupun blackhole dilaksanakan pada akhir perlawanan, ia hanya digunakan untuk menghilangkan Aegis dari RTZ. Bagaimanapun, RTZ berjaya mendapatkan full health dengan menggunakan ulti ke atas Enigma.

Kekalahan itu menyebabkan PSG.LGD memanggil #ggwp dan mengaku kalah pada perlawanan pertama.

Pada perlawanan kedua, pemilihan Puck untuk Sumail dan Spectre untuk RTZ sangat membantu EG mengekalkan momentum. Bagaimanapun PSG.LGD juga mempunyai Magnus yang mampu menukar rentak perlawanan.

Setelah perlawanan dilanjutkan sehingga 40 minit, EG akhirnya berjaya menumpaskan PSG.LGD dan menyingkirkan mereka dari The Kuala Lumpur Major. Tahniah kepada mereka!

Korang boleh saksikan kesemua perlawanan berlangsung di Twitch PGL Dota 2.

The Kuala Lumpur Major mengumpulkan 16 pasukan berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul USD 1 juta (kira-kira RM4.19 juta) dan 15,000 mata Dota Pro Circuit. 

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama PGL dan Imba TV bermula hari ini hingga Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil dan merupakan Major Dota 2 pertama di Malaysia!

RELATED NEWS

+