DOTA 2: Fnatic Menamatkan Perjalanan J.Storm

Satu lagi hari penyingkiran untuk The Chongqing Major di China. Menyedihkan.

Skuad kegemaran Asia Tenggara, Fnatic membuktikan mereka masih lagi relevan dan kuat dalam pertandingan ini apabila berjaya menewaskan saingan dari Amerika Utara, VJ.Storm dengan markah 2-0.

Dengan mudah sekali, mereka memenangi perlawanan pertama dengan lineup yang agak kuat untuk patch kali ini. Gabungan antara Outworld Devourer (OD), Timbersaw, Void, Tiny dan Lich berjaya membuatkan VJ. Storm gagal menyinar. Tambahan dengan ulti OD yang cukup sakit pada hero yang tiada mana pool tinggi.

Perlawanan kedua pula dengan lineup lebih kurang sama. Nampaknya J Storm tak belajar dari kesilapan. Mereka masih menggunakan PA walaupun Fnatic mempunyai OD. Abed menggunakan itemisation yang berkesan iaitu Meteor Hammer digabungkan dengan kuasa nombor dua Astral Imprisonment. Hasilnya, Fnatic berjaya membuli J Storm dan kelihatan MP sangat selesa dengan hero terbaiknya, Weaver dan iceiceice juga selesa menggunakan Brewmaster.

Saksikan siapa yang akan menang untuk perlawanan terakhir hari ini antara TNC Predator dan Team Liquid.

Gambar cover adalah dari ESL.

RELATED NEWS

+