DOTA 2: Genting Malaysia Berhad Mempertimbangkan Kejohanan Esports Di Lokasi Berlainan

ESL One Genting 2018 lebih baik berbanding tahun lepas? Ini jawapan daripada pihak Genting Malaysia Berhad.

Naib Presiden Promosi dan Hiburan Resorts World Genting, Kevin Tan mengumumkan perancangan untuk kejohanan e-sukan tapi bukan khusus kepada Dota 2 saja.

“Kami akan mempertimbangkan untuk menganjurkan kejohanan bagi game lain dengan kolaborasi bersama Genting Malaysia Berhad dan organisasi e-sukan di lokasi berlainan,” 

Beliau juga berkata hasil jualan tiket bagi kejohanan ESL One Genting 2018 meningkat sebanyak 15% berbanding tahun lalu.

“Kami bekerjasama dengan ESL dan melalui persetujuan bersama untuk mengundang lebih banyak pasukan Dota 2 dan meningkatkan ‘prize pool’ kepada USD400,000. Kami memang sasarkan kejohanan ini kepada generasi Y,”

 

Kevin berkata, ia kerana e-sukan sedang berkembang dan boleh membawa lebih ramai pelancong mengenali Resorts World Genting sebagai destinasi pelancongan dan hiburan.

RELATED NEWS

+