DOTA 2: InYourDream Keluar Team Prime, Sertai EVOS Esports

Siapa yang tak kenal Muhammad “InYourDream” Rizky? Pemain berbakat dari Indonesia ini pernah sertai Fnatic dan Tigers Dota 2. Beliau juga pernah memenangi Minor pertama di DreamLeague Season 10 yang melayakkan skuad Asia Tenggara itu ke The Kuala Lumpur Major pada November lepas.

Selepas prestasi yang kurang memuaskan bersama Tigers, beliau beralih pula ke pasukan The Prime Dota 2 dari negara asalnya sendiri. Tapi dilaporkan persembahannya bersama skuad itu juga kurang cemerlang. Mereka masih tewas berdepan PG. Barrackx, EVOS dan BOOM ID. Di kejohanan ESL Indonesia Championship Season 1 baru-baru ini, Prime tewas dengan BOOM ID dan layak hingga semifinal saja.

 
 
 
View this post on Instagram

fhalawwww my dream 🤩

A post shared by inYourdreaM (@kikycassa7) on

Terbaru, beliau kini bersama EVOS Esports bagi menggantikan pemain EVOS, ilLogic dan akan bermain di pusingan kelayakan MDL Disneyland Paris Major bermula esok. 

Penulis ingin ucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya di pusingan kelayakan!

RELATED NEWS

+