Dota 2: Kesemua pasukan dan tarikh perlawanan The International 2024 di Copenhagen

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Acara berprestij The International (TI) akan bermula esok (4 September).

Seperti yang ditunggu-tunggu 16 pasukan terbaik bakal bertanding dan merebut Aegis kali ini di Copenhagen, Denmark.

Ini adalah kesemua barisan pasukan yang ada di The International.

Foto: Valve

Kesemua 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C, dan D.

Jemputan terus ke TI:

  • Team Spirit
  • Xtreme Gaming
  • Team Falcons
  • Team Liquid
  • Gaimin Gladiators
  • BetBoom Team

Layak ke TI:

  • Team Zero
  • G2 x iG
  • nouns
  • Heroic
  • beastcoast
  • 1win
  • Talon Esports
  • Aurora
  • Entity
  • Tundra Esports

Buat masa ini mereka bakal berlawan untuk mendapatkan tempat ke Playoffs nanti.

Tetapi TI kali ini akan menyediakan jumlah hadiah wang tunai terkumpul yang sedikit dari tahun sebelumnya iaitu AS$1.6 juta (RM7 juta).

Peringkat kumpulan akan bermula pada 4 hingga 5 September ini manakala Playoffs akan bermula dari 6 ke 10 September.

Acara utama pula akan bermula pada 13-15 September ini!

Pertandingan kali ini akan dianjurkan di Royal Arena Copenhagen, Denmark.

RELATED NEWS

+