alat kawalan."> alat kawalan." /> alat kawalan." />

Dota 2 kini boleh dimain dengan alat kawalan permainan video

Dota 2 kini boleh dimain dengan alat kawalan.

Dahulu sudah ramai pemain Dota 2 cuba untuk bermain Dota 2 dengan alat kawalan tetapi nyata sukar tanpa bantuan Valve.

https://cdn.cloudflare.steamstatic.com/apps/dota2/images/dota_react/labyrinth/assistant_controller.jpg

Valve kini cuba untuk menambahkan lagi kebolehcapaian supaya lebih ramai orang boleh bermain.

Bagaimana untuk mengaktifkan fungsi ini?

Anda perlu pergi ke Settings>Options/ Advanced Option dan klik di “Enable experimental controller support,”.

Steam Input juga perlu dibuka di paparan settings Steam anda.

Anda juga boleh menggunakan semua jenis alat kawalan yang disokong oleh Steam Input seperti XBox, Playstation , Switch Pro, PC gamepads, dan sudah pasti Steam Controller.

Ini juga bermakna anda boleh bermain Dota 2 di Steam Deck.

Bagaimana untuk bermain?

Anda boleh menggerakkan hero anda menggunakan butang stik kiri dan menggerakkan kamera dengan butang stik kanan.

Butang muka seperti (X,Y,A,B) akan digunakan untuk mengaktifkan skill hero anda. Menggunakan R1 atau R2 untuk item.

D-pad pula digunakan untuk fungsi UI seperti naikkan level dan skill.

L1 untuk membidik pasukan sendiri manakala L2 digunakan untuk musuh,creep, bangunan dan lain-lain.

Setiap serangan akan menyasarkan musuh yang disasar terlebih dahulu untuk memudahkan anda membidik musuh dengan skills.

Fasa ini masih dalam fasa eksperimentasi dan masih berubah. Valve mohon semua pengguna alat kawalan untuk memberi maklum balas supaya lebih ramai orang dapat bermain Dota 2 dengan menggunakan alat kawalan gaming.

Setiap hero dikatakan boleh dimain menggunakan alat kawalan dan sudah pasti akan ada hero yang susah dan senang.

RELATED NEWS

+