DOTA 2: Nigma Juara WePlay! Mad Moon, Bawa Pulang RM549,000

Bekas ahli pasukan Team Liquid, Nigma berdepan kesukaran di musim Dota Pro Circuit 2019-2020 kali ini apabila gagal untuk layak ke ESL One Los Angeles Major 2020.

Tapi kali ini, biarpun tidak bertanding dalam kejohanan DPC, mereka berjaya membuktikan kekuatan berdepan salah satu pasukan terkuat Dota 2 sekarang, Team Secret. Di Grand Final, Nigma comeback pada game 3 hingga 5 sekali gus layak bergelar juara membawa pulang RM549,000.

Nigma menang ke atas Secret dengan skor 3-2

Sepanjang peringkat kumpulan, Nigma berada di tempat kedua dalam kumpulan B dan berjaya ke Grand Final selepas menewaskan pasukan Dendi, B8 tapi jatuh ke lower bracket berdepan Secret. Skor 2-0 terus diraih berdepan Gambit dan Virtus.Pro lalu mereka bertemu Secret kembali di set akhir.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+