DOTA 2: PPD Umumkan Skuad Baru Bersama Ace Dan Fata, Team Secret Tinggal 3 Pemain

Roster lock tinggal kurang dua minggu dari sekarang dan ramai pemain profesional Dota 2 dah pun membuat keputusan mereka untuk berhijrah ke pasukan lain.

Selain Dendi dan Lil di CIS, Secret di Eropah juga hilang dua pemain iaitu Fata dan Ace. Kedua-dua pemain ini nampaknya akan berganding bahu di bawah pasukan kendalian Peter Dagger (PPD).

Kemasukan Ace dan Fata melengkapkan skuad ini dengan adanya Saksa, PPD dan 33. Seperti yang kita sedia maklum, Saksa lama menyepi pada musim DPC yang lalu namun membuat kemunculan kembali kali ini. Pastinya pengalaman beliau sebagai naib juara di TI6 menunjukkan skuad baru #PPDStacks ini bukanlah calang-calang.

Pengumuman ini dibuat sebaik saja Optic Gaming membubarkan skuad Dota 2 mereka. Perhatikan twit di bawah:

Ini bermakna Team Secret hanya tinggal tiga pemain iaitu MidOne, Puppey dan juga Yapzor. Buat pasukan #PPDStacks, Fata akan kembali sebagai midlaner selepas setahun sebagai offlaner. Bagaimana beliau akan adjust dengan role baru (mid) yang pernah dimainkan sebelum ini? Dan adakah gandingannya dengan Ace akan sekuat dulu? 

Kita juga akan menyaksikan bagaimana PPD dan Saksa akan berganding bersama untuk support duo buat pertama kalinya. 33 pula seperti biasa akan memainkan peranan offlane seperti di dalam skuad Optic sebelum ini.

RELATED NEWS

+