DOTA 2: [RASMI] Mushi Sertai Tigers

Selepas pengunduran Muhammad “InyourDream” Rizky dan Lai Jay Son (Ahjit), nampaknya skuad Dota 2 Asia Tenggara itu mempunyai pilihan pemain yang agak mengejutkan bagi menggantikan slot itu.

Tigers mengumumkan Chai Yee Fung (Mushi), kebanggaan anak Malaysia yang sah menyertai organisasi itu hari ini untuk bertarung bagi kelayakan kejohanan Dota Pro Circuit 2019. Mushi akan bersama tiga lagi pemain Tigers, David Tan (Moonmeander), Kenny Deo (Xepher) dan Sivatheeban (1437).

Mushi adalah pemain keempat dalam roster terbaru Tigers sebagai posisi carry. Dengan pengalaman yang bertahun-tahun lamanya, pemain veteran Malaysia ini pastinya mempunyai rangka strategi dan pelan yang menarik untuk skuad ini. Tambahan, mereka masih belum mengumumkan pemain kelima. Jadi kita perlu nantikan siapakah dia!

Pengumuman Mushi ini agak mengejutkan namun bukanlah tak dijangkakan. Kerana selepas keluar dari Mineski, Mushi sudah lama menjadi free agent dan terbuka untuk menyertai mana-mana skuad Dota 2 diingininya. 

Gambar featured image adalah daripada Facebook Tigers. Jangan lupa ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming terkini!

RELATED NEWS

+