DOTA 2: Team Secret Juara PVP Esports Championship, Bawa Pulang USD 80,000

Sengit, perlawanan yang luar biasa! Itu yang dapat digambarkan bagi Grand Final di PVP Esports Championship yang menyaksikan pertembungan antara Team Secret dan Fnatic dalam pertempuran best of five di Suntec City Convention & Exhibition Centre, Singapura pada Ahad lalu.

Dalam kejohanan ini, tiga pasukan hebat iaitu Team Secret, Fnatic dan PSG.LGD dijemput hadir – begitu juga dengan pasukan lain dari Australia, India, Thailand, Filipina dan dari Singapura juga. Sementara pasukan kecil lain ini tak berjaya ke final, pasukan Tier 2 dan Tier 1 ini berjaya menghiburkan penonton dengan persembahan menarik hingga game kelima!

Dalam perlawanan ini, Abed “Azel” Yusop sentiasa hebat dengan Invoker dimainkannya. Bakat baru dari Poland, Michal “Nisha” Jankowski pula adalah tunjang utama untuk skuad Eropah (Team Secret) apabila mendominasi sebagai Medusa pada perlawanan kelima.

Nisha dengan mudah sekali mendominasi perlawanan dengan farm yang begitu luar biasa (gold lead lebih tinggi dari pemain lain dengan margin sangat besar). Pada akhir perlawanan, Nisha hanya mara ke depan sebagai tank dan dengan bangganya menembak multi arrows tanpa berbalas kecederaan.

Korang boleh saksikan baki perlawanan di Facebook rasmi PVP Esports di SINI.

Ini adalah senarai akhir bagi pemenang.

Tempat pertama – Team Secret – $80,000

Tempat kedua – Fnatic – $40,000

Tempat ketiga dan keempat – Team Admiral/PSG.LGD – $20,000

Tempat kelima dan keenam – Signify/BOOM ID – $11,000

Tempat ketujuh, kelapan dan kesembilan – Resurgence/KSY/Hastage?.DOTA – $6,000

RELATED NEWS

+