DOTA 2: Vici Gaming Tak Sengaja Dedahkan Tarikh The International 2019

Bersiap sedia semua, The International 2019 akan bermula tak lama lagi!

Organisasi dari China, Vici Gaming (VG) secara tidak sengaja mendedahkan tarikh bermulanya The International 2019 di Shanghai iaitu pada 16 Ogos hingga 25 Ogos.

Peringkat kumpulan akan bermula pada 16 ogos hingga 18 Ogos dan acara utama pula akan bermula pada 20 Ogos hingga 25 Ogos 2019. 

Walaupun post di Weibo ni dah pun dipadamkan, FB Page rasmi VG mengatakan tarikh itu adalah ‘khabar angin’ saja.

Valve pula masih belum memberikan kenyataan rasmi tapi mengikut TI tahun lalu, tarikh itu adalah relevan dan boleh dipercayai. VG juga adalah salah satu daripada empat pasukan yang dah pun layak ke acara itu bersama tiga lagi, Virtus.Pro, Team Secret dan Evil Geniuses (EG) jadi ia menguatkan lagi teori ini yang mereka mendapat pemberitahuan awal.

The International 9 akan menjadi TI pertama di China dan di Asia. Sebelum ini, Shanghai Major dan Supermajor diadakan di negara itu bersama beberapa kejohanan besar lain.

Sekarang ini hanya tinggal dua lagi Major untuk Dota Pro Circuit musim 2019 ini iaitu MDL Disneyland pada Mei dan EPICENTER Major pada Jun ini.

Sumber: onesports.gg

RELATED NEWS

+