DOTA 2: Virtus Pro Musnahkan Harapan Ninjas In Pyjamas

Perlawanan kedua untuk The Kuala Lumpur Major sangat sengit untuk disaksikan kerana mempertemukan dua skuad yang memang konsisten di peringkat kumpulan iaitu Ninjas in Pyjamas dan Virtus Pro.

VP sangat ganas dengan line-up yang berani seperti Enigma pada pick pertama, dan kemudian diikuti dengan Terror Blade, Silencer, Dragon Knight dan Sven.

Pada minit ke 24+, mereka berjaya mencuri Roshan apabila Pasha mendahului dengan Black Hole, menyebabkan kelima-lima hero NiP terpaksa berpecah. Kemudian, Solo dengan global silence membantu VP melenyapkan kesemua hero NiP kerana tidak berupaya menggunakan skill.

Line up mereka berjaya menghancurkan formasi NNiP yang mengutamakan strategi lebih berlainan, mempertaruhkan hero yang hebat untuk serangan jauh seperti Drow Ranger dan Razor.

Tapi lain pula minit ke-29, walaupun mereka berjaya menangkap Razor dan Brewmaster (dalam ulti), ia masih tak cukup untuk menewaskan kesemua line upAce pula hanya memanah dari jauh untuk melenyapkan hero VP.

Bagaimanapun, mereka kembali dengan momentum, seolah sudah bersedia selepas Ramzes666 mempunyai gold lead yang sangat tinggi. Dengan mudah sekali mereka menangkap Ace dan terus push bottom racks dan kemudian mid serta top racks. 

Pada game kedua pula, nampaknya Ninjas in Pyjamas sering membuat kesilapan dengan draft yang sama, mempertaruhkan Drow Ranger untuk Ace. Line-up ini dengan mudahnya dipatahkan oleh VP yang meletakkan Axe, Slark dan Dragon Knight yang sangat agresif.

Kesilapan demi kesilapan dilakukan seterusnya membawa kekalahan pada game kedua ini lalu menyebabkan mereka jatuh ke lower bracket.

Sementara itu, Team Secret pula akan mara ke upper bracket final bertemu Virtus Pro, esok. NiP pula akan bertemu TNC untuk pusingan kalah mati pada jam 6 petang nanti.

The Kuala Lumpur Major dianjurkan selama tiga hari  di Axiata Arena mengumpulkan 16 pasukan Dota 2 berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM4.19 juta serta 15,000 mata DPC.

Ia dijayakan oleh kerjasama antara eGG Network, PGL dan Imba TV. Nantikan update seterusnya daripada kami untuk perlawanan TNC vs NiP nanti. 

RELATED NEWS

+