Valve kini meletakkan Dota Underlords di dalam Season 1 untuk 10 tahun sehingga tahun 2031.
Selepas Artifact, kini Valve juga ‘membunuh’ satu lagi permainan video mereka iaitu Dota Underlords.
Ia adalah permainan video auto battler game yang dikeluarkan selepas ‘meletupnya’ Dota Auto Chess yang kini menjadi Auto Chess permainan tersendiri yang asing dari Valve.
Sorang Youtuber bernama Tyler McVicker yang pernah menjadi youtuber untuk Valve News Network, satu siaran tidak rasmi mengenai berita Valve.
Penukaran 10 tahun ini bermakna Valve kini meletakkan Dota Underlords di dalam hiatus dan apa-apa kemas kini baru akan ditangguh sehingga Season baru Dota Underlords.
Dota Underlords pernah menjadi antara auto battler paling popular sejak keluar pada Jun 2019.
Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari Valve mengenai kemaskini akan datang.