DOTA2: Abed Dan Ramzes Sertai Evil Geniuses

Selepas ura-ura mengatakan S4 dan Sumail yang akan meninggalkan organisasi Amerika Utara, Evil Geniuses, kali ini persoalan itu terjawab apabila EG mengumumkan di Twitter yang kedua pemain itu sudah tidak lagi bersama organisasi dan posisi mereka digantikan oleh Abed (Fnatic) dan Ramzes (Virtus.Pro).

Mereka bersedia untuk menghadapi musim baru Dota Pro Circuit yang akan bermula tak lama lagi.

Lineup terkini EG:

  • Artour “Arteezy” Babaev
  • Abed “Abed” Yusop
  • Roman “RAMZES666” Kushnarev
  • Andreas “Cr1t” Nielsen
  • Tal “Fly” Aizik

Mengikut perubahan ini, nampaknya Ramzes akan cuba keluar daripada zon selesa. kini sebagai pemain posisi 3 (offlane) manakala Arteezy kekal sebagai carry dan Abed pula akan mendominasi mid lane sesuai dengan peranannya bersama Fnatic sebelum ini.

Ini pula adalah video mengenai Sumail yang meninggalkan pasukan itu selepas 3 tahun lebih bersama.

Terima kasih Gustav “S4” Magnusson!

RELATED NEWS

+