DOTA2: Ah Fu Terpaksa Melupakan Hasrat Menjulang Aegis Of Champions

Kembara pemain Dota 2 negara, Tue Soon Chuan atau Ah Fu untuk mendapatkan Aegis of Champions di The International 2019, kini terhenti apabila pasukannya, Royal Never Give Up (RNG) terpaksa akur dengan kekalahan 0 – 2 berdepan skuad Eropah, Team Liquid dalam pusingan kalah mati berlangsung sebentar tadi.

Taktik dan strategi tidak berkesan apabila Liquid seolah boleh membaca draft mereka dengan pilihan hero yang mempunyai kelebihan tertentu. Contohnya, pemilihan Gyrocopter dan IO pada perlawanan pertama memberi ruang kepada Liquid untuk bertahan lama dalam perlawanan selain dibantu Tiny yang begitu kuat selepas mendapat Aghanim’s Scepter.

Begitu juga pada game kedua, apabila talent Arc Warden dimainkan Miracle membantu dengan meletakkan begitu banyak ‘wraith’ yang mempunyai cooldown serendah beberapa saat saja. Wraith itu membantu Liquid untuk mengenakan damage tanpa perlu berperang dengan RNG.

Mereka juga terpaksa mengaku kalah pada minit akhir apabila tiada buyback boleh digunakan dan Liquid terus mara dengan Arc Warden yang sudah mempunyai full item. Perlawanan sengit itu berlangsung selama 77 minit dan ia memenatkan kedua-dua belah pihak.

Prestasi Ah Fu pada perlawanan kedua juga agak kurang menyengat kerana heronya, Bane tidak memberikan impak besar dalam membantu pasukannya.

Bagaimanapun, RNG membawa pulang hadiah wang tunai lumayan AS$847 ribu (RM3.5 juta) di tempat kelapan/kesembilan.

Sekarang hanya tinggal dua pemain Malaysia pentas dunia Dota 2, Yap Jian Wei (xNova) dan Yeik Nai Zheng (MidOne).

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+